BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 24, 2011

pick-your-nose mug



in loved with this mug
bought in Hinode shop at Carrefour
just loveee itttt ><

Thursday, August 18, 2011

sengaje :)

tart gulung yg sejak azalinya kitorg makan berdasarkan resipi mama, akhirnya tahun ni nak tuka ke resipi kwn mama.
nak cuba yg baru pula..
tp resipi mama gak the best

TART MAMA

125g butter
125g majerin
400g tepung gandum
50g icing
2 telur kuning
secubit garam
HIASAN:
1 kuning telur

TART KAWAN MAMA

250g butter
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar minyak sapi
1 kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1per2 cawan tepung jagung
3,1per4 cawan tepung gandum (tart gulung)
3,3per4 cawan tepung gandum (tart bunga)
secubit garam
HIASAN:
1 kuning telur
1 titik warna kuning
1 sudu air

of course laa jem nye jangan lupa! :D

Saturday, July 23, 2011

pictures




hihi best pic :D

siann umair ibn ikhwan nih.
ikut je la ayah dia gi debate.
takpe bila besar, umair jadi cam parents dia okeh
hihi

dah nak balik. tak sempat amek kat sidang. hehe
someone missing ni.. no, dua org... ==

duhhh gelap lahh.. with kak dini yg menjadi kakak teman2 utk team BA
cute niii :D

pun tak sempat amek kat sidang. actually, bukan x sempat..
emo sgt sbb kalah dgn diorg then terus blah
haha congrats SAMTTAJ!

Ahmad and Tasneem Al-Ghorra, from Palestine.
hihi seronok dgn diorg ni.


Maahad Hamidiah + Setia Budi = masuk air
hehe

SMAP Kajang, you will do better next year,
AMEEN

kesian kat diorg.. baru tahu usul utk debate ni ==''
tp still masuk jugak
rasenye kalau kitorg, tak kot....

SMI Hidayah...
legend kot skolah ni ==

SBPI Rawang ..


Inter-school Debating Championship 2011




"المناظرة هي لعبة"
(debate is a game)

that was what Ust Majdi said.
yes, it's an undeniable factual truth
acc to Tr. Rezz, debate is more like
fact-manipulating skills for truth to be at our side
and i totally agree on that.
sebab tu, dalam debat B.Arab, or maybe sume debat kot
tak boleh masukkan ayat2 Allah, kata2 nabi...
seolah-olah kita mempermainkan kata2 suci tu
nway, just muqaddimah
i'm on my way to start about Arabic debate team in IDC 2011
macam biasa, pelatih kitorg dlm debate arab ni ialah ust ikhwan.
kali ni, ahli dia lain sket.
amin al-hadi tak join debate kali ni
dia ada hal.. budak busy ==
umm so, diganti dgn fatin
utk MUSLEH, dia jadi runner je
tp kali ni dia jadi 2nd speaker.
and ahli baru, fatma
fatin akan tukar2 dgn fatma utk speaker ke2

adik dan saya fix kat tempat masing2. kecuali fatin/fatma

رءيس الوزراء / زعيم المعارضة (perdana menteri/ketua pembangkang): Adilah
وزير الاول / المعارض الاول (menteri pertama/pembangkang pertama): Fatin/Fatma
وزير الثاني / معارض الثاني (menteri kedua/pembangkang kedua): Farhah, saya :>

jalan cerita ni pun saya ikut yg MUSLEH punya..



saya terus masuk ke

HARI KEDUA, SABTU, 16 JULAI
جولة (jaulah) pertama
USUL: مشاركة طلبة المدارس في النشاط التطوعي ضرورة
(penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam aktiviti sukarelawan darurat)
KERAJAAN: kami Setia Budi
PEMBANGKANG: SBPI Rawang
KEPUTUSAN: Diterima
BEST DEBATER: saya XD haha seronok



جولة (jaulah) kedua
USUL: تقديم سن االلتحاق بالتعليم العام ضرورة
(mengehadkan umur masuk ke pengajian am darurat)
KERAJAAN: SMI Hidayah
PEMBANGKANG: kitorg... =.=
KEPUTUSAN: Diterima
BEST DEBATER: Nurul Abrar


HARI KETIGA, AHAD, 17 JULAI
جولة (jaulah) ketiga
USUL: الدعوة لماليزيا واحدة ضرورة
(panggilan 1 Malaysia darurat)
KERAJAAN: kami SB
PEMBANGKANG: SMAP Kajang
KEPUTUSAN: Diterima
BEST DEBATER: saye lagi wahah alhamdulillah

جولة (jaulah) keempat
USUL: تكثيف الانشطة الرياضية في المدارس افضل
(penumpuan aktiviti sukan di sekolah lebih baik)
KERAJAAN: kami lagi... unlike MUSLEH, kitorg bnyk jd kerajaan skrg
PEMBANGKANG: Maahad Hamidiah, Kajang
KEPUTUSAN: Diterima
BEST DEBATER: Amir Ridhwan
p/s: kitorg sgt kamceng dgn diorg smp habis program XD

جولة (jaulah) kelima
USUL: عدم اعتماد الاسرة على الخادمات افضل
(keluarga tidak menggunakan khidmat pembantu rumah lebih baik)
KERAJAAN: Sri Ayesha
PEMBANGKANG: kitorg pulak
KEPUTUSAN: Ditolak ^^
BEST DEBATER: Adilah adik saya. kata hakim saya banyak "aa.. aa..."
==

berakhirlah hari ketiga...

HARI KEEMPAT, ISNIN, 18 JULAI
جولة (jaulah) keenam
USUL: (DNA) اعتماد نتاءج فحص الحمض النووي
في اثبات النسب والمواطنة
(menggunakan hasil DNA untuk mensabitkan keturunan dan kewarganegaraan)
KERAJAAN: kitorg ..
PEMBANGKANG: SAMTTAJ (tak de gamba lupe nak amek tp ada kat next post)
KEPUTUSAN: Ditolak ==
BEST DEBATER: Muhammad Nazri

and masa yg dinanti-nanti.
ALHAMDULILLAH
kitorg tak terfikir pun nak sampai quarter final
harap dpt buat yg terbaik.
tapi, dalam harapan agar dpt buat yg terbaik, kalau menang... habislah kitorg.
usul utk semi final tak sentuh langsung pun.
oleh sebab tu, ust Ikhwan pun bertungkus lumus menyiapkan text speaker 1 & 2 utk semi-final =.=

kami pernah berjumpa di MUSLEH saban hari. hehe
dlm pusingan ni, kami diber peluang cabut siapa yg akan jadi kerajaan atau pembangkang.

entah nombor mana tah yg ditekan, maka keluarlah usul ni...

USUL: seperti dlm gambar (penculikan pelajar perempuan sekolah tanggungjawab keluarga)
KERAJAAN: kami kami kami
PEMBANGKANG: SMI Hira'
KEPUTUSAN: Diterima =="
BEST DEBATER: Hikmat Muhammad Isa

and tanpa diduga,
rezeki kami
Setia Budi dapat mara ke separuh akhir
fuh, betul2 tak sangka dpt sampai ke tahap ni
tapi apa yg saya yakin
kami mesti kalah dlm pusingan ni, so kami tak perlu susah payah utk usul final hehe

SEMI FINAL
USUL: السيطرة على المدونات الالكترونية في شبكة الانترنت افضل
(kawal blog dalam internet lebih baik)
KERAJAAN: SMI Hidayah
PEMBANGKANG: kitorg ...
KEPUTUSAN: Diterima
BEST DEBATER: Nurul Abrar

yahh, alhamdulillah selesai sudah.
mungkin kurangnya sekolah2 yg hebat dlm IDC kali ni mungkin memberi peluang kpd saya atau sesiapa sahaja yg berpuas hati dgn pertandingan kali ini sebelum kami tamat sekolah.
hmm rasa sebak pun ada.
jumpa kawan ramai2 kat sana. kakak2. senior2 debat UIA. pengalaman yg tak terhingga.
bila dah habis IDC ni, baru terasa mata terbuka utk bidang perdebatan ni.
apa boleh buat, there's always another chance kan..
saya yakin, sekolah benar2 bangga dengan prestasi firqah BA kali ini
sekali lagi, terima kasih buat keluarga, rakan2 yg menolong dan sesiapa sahaja yg terlibat secara langsung atau tidak.
بارك الله لهم

IDC 2011

unlike MUSLEH, saya update lambat sikit utk IDC 2011
so, here i start

Wednesday, July 6, 2011

pictures

with Amin, the best debater :D



the first experience is the teacher


Saturday, July 2, 2011

back from MUSLEH DEBATE 2011



alhamdulillah habis pun pertandingan MUSLEH 2011
balik awal pagi ni so tak tau sapa menang or what so ever
and sekarang nak cerita perjalanan firqah (team) BA Setia Budi (SB)
sepanjang program MUSLEH di Hotel Putra, KL.
utk team BI and BM tak cite la kot

sebelum apa2, firqah BA terdiri daripada 'ramai' orang di mana team ni membolehkan kitorg berlatih ==
kitorg ada ustaz ikhwan, ustaz BA saya
saya
adilah, adik saya
amin al-hadi (well-known drpd rancangan adik-adikku)
and my classmate, fatin the runner XD

haiya~ setakat 5 org ni nak berlatih camne ohh~ tu yg difikirkan sepanjang perjumpaan firqah BA kat skolah... tapi, dengan kehebatan ust ikhwan, ust kitorg tu, dapat gak la kitorg merasa jadi munazir/munazirah (pendebat)

رءيس الوزراء / زعيم المعارضة (perdana menteri/ketua pembangkang): Amin
وزير الاول / المعارض الاول (menteri pertama/pembangkang pertama): Adilah
وزير الثاني / معارض الثاني (menteri kedua/pembangkang kedua): Farhah, saya la tu


ok, moving on...

pusingan pertama atau dalam BA, جولة الاولى (jaulah al-ula)
USUL: الزَّواجُ بالأجَانبِ أُفضَلُ (azzawaj bil-ajanib afdhal), kahwin dengan orang asing lebih baik
KERAJAAN: Sekolah Al-Azhar, Kedah
PEMBANGKANG: Sekolah Setia Budi (of kos la kitorang..)
KEPUTUSAN: diterima
BEST DEBATER: Yassir (kot nama dia, skola azhar)
*so, sb kalah ==

then, pusingan kedua / جولة الثانية (jaulah ath-thaniah)
USUL: تشجيعُ السّياحةِ الدّاخليّة ضَرُورَةٌ (tashji' as-siyahah ad-dakhiliyyah dharurah) perlancongan dalam negara darurat
KERAJAAN: Sekolah Sri Ayesha, Bangi
PEMBANGKANG: Sekolah Setia Budi (kitorang lagi..)
KEPUTUSAN: ditolak
BEST DEBATER: Amin (amin mmg gempak. hakim sume suke dia)
*so, sb menang :D

and, kitorang pun rasa seronok sbb menang utk pusingan tu and terus ke cafe hotel utk berbuka puasa :D. kitorg bersiap and ready for next round pukul 10 pm

.. pusingan ketiga / جولة الثالثة (jaulah ath-thalithah)
USUL: معالجةُ أسبابِ ارتكابِ الشّّبابِ للجرائمِ تبدأُ مِن الأسرةِ أُفضَلُ. (mu'alajah asbab irtikab asy-syabab liljaraim tabdak min alusrah afdhal) mengatasi punca jenayah remaja bermula daripada keluarga lebih baik
KERAJAAN: Sekolah Hira (tak tau kat mana, jeram kot)
PEMBANGKANG: Sekolah Setia Budi (3 kali kitorang jadi!)
KEPUTUSAN: diterima
BEST DEBATER: Amin (amin lagi! haha hira memang menang tapi hakim tu suke amin XD)
*kalah but rasa okay sbb amin best debater

and next day, 1 Julai- rest. tapi kitorg bincang utk round 4 utk 2 Julai.

pusingan keempat / جولة الرابعة (jaulah ar-rabi'ah)
USUL: تعليمُ العلُوم والرّياضياتِ باللُّغةِ الإنجلزيّةِ أُفضَلُ. (ta'lim al-ulum wa ar-riyadhiyat billughah al-injliziyyah afdhal), PPSMI
KERAJAAN: Sekolah Setia Budi (fes time jadi)
PEMBANGKANG: IISKD (kota damansara)
KEPUTUSAN: diterima
BEST DEBATER: Amin (amin amin amin and amin)
*so, sb menang utk kali kedua

and lepas tu, kitorg berkumpul utk tau keputusan yg dpt ke quarter final...
and bukan menjadi rezeki, kitorg tak dapat
but bende yg paling membanggakan ialah sekolah kitorg dpt ranking ke9 drpd 20 sekolah
الحمد لله
utk ke quarter 8 sekolah je
and beza kitorg ngn sekolah ke8, iaitu KISAS hanyalah 0.2 markah
markah kitorg... tak ingat... rasanya cam, KISAS 1109.02 and SB 1109..
yekot, entahlah, tapi beza 0.2 la...
anyway, all the best to all debaters yg berjaya ke quarter, semi and final yg agak2nya dah berlangsung kot skrg.


ini merupakan kali PERTAMA Setia Budi menghantar wakil utk pertandingan debat dalam BA.
bukan membangga diri,
tapi harap2 usaha firqah BA SB 2011 ni dapat memberi galakan kepada pelajar2 SB akan dtg utk menyertai pertandingan debat BA, sekurang-kurangnya dapat mencuba sesuatu yg baru, sepertimana kami mengharunginya
saya takkan dapat pengalaman seperti ini tanpa bantuan SEKOLAH terutamanya,
U. Ikhwan, adik saya, Amin and Fatin
and semua yg menolong secara langsung atau tidak
بارك الله لهم


MUSLEH ialah tempat saya mula belajar, bukan mula bertanding untuk debat
jadi, jika ada rezeki saya dalam bidang perdebatan
maka, Ya Allah
Kau dekatkanlah,
Kau permudahkanlah
ia untukku
امين